Wednesday, 30 May 2012

Akhir kuliah

Akhirnya habis juga semua kuliah untuk sem ni...Alhamdulilah,syukur sangat.Esok lin hendak pulang ke rumah.Walaupun baru pulang minggu lepas,namun rasa rindu sangat kepada keluarga lin.Lepas ini,lin akan belajar dengan tekun,untuk peperiksaan akhir sem..Lin harap sangat dapat pointer yang lebih cemerlang berbanding sem lepas.Walaupun susah namun lin tidak akan putus asa.Demi keluarga lin,lin akan buat yang terbaik.Amin.

Monday, 28 May 2012

Sahabat


























Sahabatlah yang rapat dengan kita selain keluarga kita.Sahabat yang baik akan mendorong kita untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya dan sebaliknya jika kita bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk akhlak akan mendorong kita untuk menjadi seperti mereka.Oleh itu,kita perlu pandai memilih kawan dan bersahabat dengan orang yang baik akhlaknya.

ALLAH Maha Pengampun


Oleh itu,kita perlulah sentiasa memohon keampunan daripada ALLAH.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun walaupun sebesar mana dosa yang telah kita lakukan.Yang paling penting,kita perlu benar-benar insaf dan berjanji tidak akan melakukan dosa itu lagi.

Wanita Nak Masuk Syurga?



100 share untuk wanita Islam ♥


1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan suaminya dengan baik akan mendapat pahala jihad.

5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga suaminya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.

9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.

11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.

15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.

18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).

24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.

25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.




Bulan Rejab


Bersolat dan buatlah solat Qado sebanyak mungkin di samping solat-salat sunat mengiringi solat fardhu.
Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan abadat,minta selamat dunia dan akhirat,minta dilimpahi rahmat,minta dilepaskan daripada amalan ibadat dan mohon dimasukkan ke syurga.Amin.
                                     
                                           


Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga”


Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya).”


Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)”


Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim.”


Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat.”


Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.”


Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya.”


Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.”


Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.”


Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga.”


Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat.”


Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.”


Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun.”


Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga.”


Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.”


Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur).”


Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat.”


Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya”


Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti”


Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus”


Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.”


Lawatan ke Cameron Highlands


Adah,saya dan Solehah

Hari ini kelab di fakulti saya ada mengadakan lawatan ke Cameron Highlands.Lawatan ini melibatkan anak-anak yatim dan pelajar ekonomi UKM.Kami berkumpul di FEP pada pukul 7.30 pagi dan bertolak dari rumah anak yatim ke Cameron Highlands pada pukul 8.30 pagi.Kami sampai di Cameron Highlands pada jam 12.45 tengah hari.
Saya dan Ain(adik angkat)
          Sepanjang lawatan ini di jalankan,saya di pertanggungjawabkan untuk menjaga seorang daripada anak yatim tersebut.Adik angkat saya bernama Nur Ain atau nama manjanya Nuin.
               Kami berkunjung banyak tempat di sini,antaranya ialah Taman Rama-rama.Pertama kali saya melihat rama-rama yang tidak lari apabila sesiapa datang rapat ke arahnya.Rama-rama di sini tidak takut apabila sesiapa angkatnya.Saya sangat kagum apabila datang di taman ini.Terlalu banyak rama-rama malah haiwan yang lain.Antaranya ialah katak daun,sesumpah,dan banyak lagi.
                Pada sebelah petang,kami pergi ke pasar raya di mana di sini banyak dijual barang-barang seperti cenderamata,baju,teh,strawberi dan banyak lagi.Barang-barang yang di jual di sini terlalu banyak sehinggakan kami rambang mata.
                Kami bertolak untuk pulang pada jam 6.45 petang.Walaupun penat,namun sepanjang berada di sana kami sangat gembira.Pertama kali saya datang ke Cameron Highlands ini.Saya berharap saya berpeluang untuk pergi ke Cameron Highlands lagi.

Monday, 14 May 2012

Orang Yang Bersemangat Tinggi


Allah suka kepada orang yang bersemangat tinggi, Allah membenci orang yang lemah semangat. Setiap kali peluang kejayaan menghampiri kita, janganlah kita lepaskannya begitu sahaja. Jangan sesekali beralasan "Ini mustahil dilakukan.."

Orang yang sentiasa beralasan seperti ini tidak akan melahirkan kejayaan dalam bidang apapun yang diceburinya. Hakikatnya, orang malas berselindung di sebalik kalimat "mustahil". Orang seperti ini sebenarnya telah MATI SEBELUM MATI.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kejarlah apa yang berguna untukmu, minta bantuan daripada Allah dan jangan lemah. Apabila ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: "Kalau begini, nescaya tidak akan begitu." Akan tetapi katakanlah: "Ini takdir Allah.." Sesungguhnya 'kalau' akan membuka pintu syaitan." (HR Muslim)

Sifat itu juga ialah takut mengambil risiko. Sedangkan untuk mengecapi kejayaan, perlu berhadapan dengan risiko. Mu'awiyah bin Abu Sufyan berkata: "Sesiapa yang inginkan sesuatu yang besar, maka ia tidak boleh takut menghadapi risiko yang besar."

WallahuAlam

Wanita Solehah

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.
Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.
Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..
Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)



Thursday, 3 May 2012

Kerana Cinta Dan Kasih Sayang



"Aku mendengar Rasulullah Saw menceritakan daripada Allah Swt berfirman: "CintaKu berhak untuk orang yang bercinta keranaKu, CintaKu berhak untuk orang yang saling tolong-menolong keranaKu dan Cintaku berhak untung orang yang saling berkunjung keranaKu. Orang Yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya" (Riwayat Ahmad)



Rasulullah SAW bersabda : "Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit " (Riwayat Tabrani)


10 Wasiat Imam Syafie


SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”


PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.