Wednesday, 27 June 2012
Bercuti di Pinang
Pertama kali lin jejakkan kaki di Pulau Pinang.Lin seronok sangat dapat datang ke sini.Lin datang sini pun disebabkan temankan kakak lin di USM.So,lin pon tinggal di asrama USM ni.Sepanjang duduk di sini,lin pergi melawat banyak tempat.Lin gi tengok laut...da lama sangat lin teringin pergi ke laut tapi tak berpeluang dan akhirnya tercapai jugak.Walaupun lin datang sini sekejap saja,tapi lin seronok dan berharap lin dapat datang ke sini lagi.
Wednesday, 30 May 2012
Akhir kuliah
Akhirnya habis juga semua kuliah untuk sem ni...Alhamdulilah,syukur sangat.Esok lin hendak pulang ke rumah.Walaupun baru pulang minggu lepas,namun rasa rindu sangat kepada keluarga lin.Lepas ini,lin akan belajar dengan tekun,untuk peperiksaan akhir sem..Lin harap sangat dapat pointer yang lebih cemerlang berbanding sem lepas.Walaupun susah namun lin tidak akan putus asa.Demi keluarga lin,lin akan buat yang terbaik.Amin.
Monday, 28 May 2012
Sahabat
Sahabatlah yang rapat dengan kita selain keluarga kita.Sahabat yang baik akan mendorong kita untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya dan sebaliknya jika kita bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk akhlak akan mendorong kita untuk menjadi seperti mereka.Oleh itu,kita perlu pandai memilih kawan dan bersahabat dengan orang yang baik akhlaknya.
ALLAH Maha Pengampun
Oleh itu,kita perlulah sentiasa memohon keampunan daripada ALLAH.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun walaupun sebesar mana dosa yang telah kita lakukan.Yang paling penting,kita perlu benar-benar insaf dan berjanji tidak akan melakukan dosa itu lagi.
Wanita Nak Masuk Syurga?
100 share untuk wanita Islam ♥
1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.
2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan suaminya dengan baik akan mendapat pahala jihad.
5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga suaminya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.
7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.
8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.
9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.
11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.
13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.
14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.
15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.
16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.
17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.
18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.
19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.
20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.
21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.
23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).
24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.
25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.
26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.
Bulan Rejab
Bersolat dan buatlah solat Qado sebanyak mungkin di samping solat-salat sunat mengiringi solat fardhu.
Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan abadat,minta selamat dunia dan akhirat,minta dilimpahi rahmat,minta dilepaskan daripada amalan ibadat dan mohon dimasukkan ke syurga.Amin.
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya).”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.”
Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur).”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.”
Lawatan ke Cameron Highlands
Adah,saya dan Solehah |
Hari ini kelab di fakulti saya ada
mengadakan lawatan ke Cameron Highlands.Lawatan ini melibatkan anak-anak yatim
dan pelajar ekonomi UKM.Kami berkumpul di FEP
pada pukul 7.30 pagi dan bertolak dari rumah anak yatim ke Cameron Highlands
pada pukul 8.30 pagi.Kami sampai di Cameron Highlands pada jam 12.45 tengah
hari.
Saya dan Ain(adik angkat) |
Sepanjang lawatan ini di jalankan,saya di pertanggungjawabkan untuk menjaga seorang daripada anak yatim tersebut.Adik angkat saya bernama Nur Ain atau nama manjanya Nuin.
Kami
berkunjung banyak tempat di sini,antaranya ialah Taman
Rama-rama.Pertama kali saya melihat rama-rama yang tidak lari apabila sesiapa
datang rapat ke arahnya.Rama-rama di sini tidak takut apabila sesiapa
angkatnya.Saya sangat kagum apabila datang di taman ini.Terlalu banyak
rama-rama malah haiwan yang lain.Antaranya ialah katak daun,sesumpah,dan banyak
lagi.
Pada
sebelah petang,kami pergi ke pasar raya di mana di sini banyak dijual barang-barang
seperti cenderamata,baju,teh,strawberi dan banyak lagi.Barang-barang yang di
jual di sini terlalu banyak sehinggakan kami rambang mata.
Kami
bertolak untuk pulang pada jam 6.45 petang.Walaupun penat,namun sepanjang
berada di sana kami sangat gembira.Pertama kali saya datang ke Cameron Highlands ini.Saya berharap
saya berpeluang untuk pergi ke Cameron
Highlands lagi.
Monday, 14 May 2012
Orang Yang Bersemangat Tinggi
Allah
suka kepada orang yang bersemangat tinggi, Allah membenci orang yang lemah
semangat. Setiap kali peluang kejayaan menghampiri kita, janganlah kita
lepaskannya begitu sahaja. Jangan sesekali beralasan "Ini mustahil
dilakukan.."
Orang yang sentiasa beralasan seperti ini tidak akan melahirkan kejayaan dalam bidang apapun yang diceburinya. Hakikatnya, orang malas berselindung di sebalik kalimat "mustahil". Orang seperti ini sebenarnya telah MATI SEBELUM MATI.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kejarlah apa yang berguna untukmu, minta bantuan daripada Allah dan jangan lemah. Apabila ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: "Kalau begini, nescaya tidak akan begitu." Akan tetapi katakanlah: "Ini takdir Allah.." Sesungguhnya 'kalau' akan membuka pintu syaitan." (HR Muslim)
Sifat itu juga ialah takut mengambil risiko. Sedangkan untuk mengecapi kejayaan, perlu berhadapan dengan risiko.Mu'awiyah
bin Abu Sufyan berkata: "Sesiapa yang
inginkan sesuatu yang besar, maka ia tidak boleh takut menghadapi risiko yang
besar."
WallahuAlam
Orang yang sentiasa beralasan seperti ini tidak akan melahirkan kejayaan dalam bidang apapun yang diceburinya. Hakikatnya, orang malas berselindung di sebalik kalimat "mustahil". Orang seperti ini sebenarnya telah MATI SEBELUM MATI.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kejarlah apa yang berguna untukmu, minta bantuan daripada Allah dan jangan lemah. Apabila ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: "Kalau begini, nescaya tidak akan begitu." Akan tetapi katakanlah: "Ini takdir Allah.." Sesungguhnya 'kalau' akan membuka pintu syaitan." (HR Muslim)
Sifat itu juga ialah takut mengambil risiko. Sedangkan untuk mengecapi kejayaan, perlu berhadapan dengan risiko.
WallahuAlam
Wanita Solehah
Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang
paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini
kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda
telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan
kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.
Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya
menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada
kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan
perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti
ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik
dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan
kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk
berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.
Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan
berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya
ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan
keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana
berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama
rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga
dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi
inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih
baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..
Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan
dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya
hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat
dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang
terbaik”
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang
mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya
yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana
kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan
segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa
indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya
bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya
berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan
berhujah kebenaran”
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang
wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan
cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di
dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam
berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani
mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat
mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga
kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti
itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya
kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati
dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu
,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati
suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia
kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)
Thursday, 3 May 2012
Kerana Cinta Dan Kasih Sayang
"Aku mendengar Rasulullah
Saw menceritakan daripada Allah Swt berfirman: "CintaKu berhak untuk orang
yang bercinta keranaKu, CintaKu berhak untuk orang yang saling tolong-menolong
keranaKu dan Cintaku berhak untung orang yang saling berkunjung keranaKu. Orang
Yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan
Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya" (Riwayat Ahmad)
Rasulullah SAW bersabda : "Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit " (Riwayat Tabrani)
10 Wasiat Imam Syafie
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Sunday, 29 April 2012
Resepi Kek Batik Milo
Saya teringin hendak makan kek batik.Apabila ingin makan kek batik,saya akan membuat kek ini bersama-sama mak saya.Berikut adalah bahan-bahan untuk membuat kek batik tersebut:
Resepi Kek Batik Milo
![]() |
Kek Batik Milo |
250 g biskut marie – patah 2
150 g butter
1 cawan milo
5 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cawan air
4 biji telur
150 g butter
1 cawan milo
5 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cawan air
4 biji telur
Cara-cara:
- Campurkan milo, serbuk koko, esen vanilla, susu pekat, air dan telur di dalam periuk. Kacau sehingga sekata dan panaskan dengan api yang perlahan.
- Masukkan butter ke dalam periuk dan kacau sehingga adunan menjadi pekat. Kemudian tutup api.
- Masukkan biskut marie dan gaul sehingga sekata.
- Masukkan adunan ke dalam bekas dan mampatkan.
- Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dihidangkan.
Taman Metropolitan
Hari ini
saya gembira sangat.Saya sudah lama ingin pergi ke Taman Metropolitan
bersama-sama dengan keluarga saya,akhirnya kami dapat pergi hari ini.Sebelum
pergi ke taman,kami singgah ke kedai secret resepi..kami makan kek secret
resepi di padang taman Metropolitan ini.
Taman
Metropolitan ini sungguh luas dan sangat nyaman.Ramai pengunjung datang
bersama-sama dengan keluarga mereka.Taman ini dikenali dengan nama taman layang-layang
di sebabkan udaranya yang sesuai untuk bermain layang-layang.Setiap petang
ramai yang datang untuk bermain layang-layang di sini.Malah,taman ini juga sangat terkenal.Banyak filem-filem buat pengambaran di sini.
Saya tidak
akan lupakan kenangan bersama-sama keluarga saya ini.Saya berharap kami dapat
meluagkan masa bersama-sama untuk pergi
ke Taman Metropolitan ini lagi.
lin(saya),ma,kakna,syu dan farah |
Saturday, 21 April 2012
Family
Pertama kali saya dan keluarga bergambar di sini.Saya sangat gembira
apabila family saya dapat datang di kolej ini untuk menjenguk saya disini.
Perkara yang paling terindah buat diri saya ialah apabila dapat meluangkan masa bersama-sama dengan keluarga saya.Saya sangat bersyukur kerana jarak rumah saya dari KKM ini tidak jauh…dalam 1 jam lebih sahaja.Oleh itu saya dapat pulang ke rumah selalu pada hujung minggu.
Perkara yang paling terindah buat diri saya ialah apabila dapat meluangkan masa bersama-sama dengan keluarga saya.Saya sangat bersyukur kerana jarak rumah saya dari KKM ini tidak jauh…dalam 1 jam lebih sahaja.Oleh itu saya dapat pulang ke rumah selalu pada hujung minggu.
Pada minggu ini saya tidak pulang ke rumah di sebabkan ada mid-exam.Walaupun baru seminggu tidak berjumpa dengan family namun saya rasa sangat rindu akan mereka..huhu.
Saya sangat berharap family saya dapat datang ke sini lagi pada lain kali.Aya sangat sayang akan family saya.
Malam Anugerah Mahasiswa dan Amal
Tema dinner KKM kali ini kami ialah Me,Myself & Music.Semua mahasiswa
dan tetamu hadir dengan imej yang sesuai dengan tema ini.
Saya sangat gembira dan enjoy sepanjang program
di jalankan.Pertama kali saya datang ke dinner universiti ini.Dinner ini di
sambut dengan sangat meriah dan ini dapat mengurangkan tekanan mahasiswa.
Saya
berharap saya berpeluang menghadiri majlis seperti ini lagi.
Monday, 16 April 2012
Hari yang bahagia
Akhirnya saya dapat jumpa kawan baik saya semasa saya belajar di matrikulasi.Nama dia ialah Norzawany.Saya sangat gembira dapat jumpa dengan dia.Walaupun kami hanya kenal selama setahun namun kami sangat serasi.Kami dapat berkongsi segala rahsia bersama-sama.
Hampir setahun kami tidak berjumpa,akhirnya semasa cuti sem ni kami berjumpa di Midvelly.Kami menonton wayang bersama-sama.Saya berharap saya dapat berpeluang berjumpa dengan dia lagi.
Supaya Engkau Menjadi Wanita Tercantik
♥ Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh♥
Sahabatku serta adik-adikku..
Kepada calon- calon bidadari penghuni syurga,wahai calon- calon isteri solehah kebanggaan Islam,wahai
kaum hawa yang di dadanya telah tertanam bunga bunga iman....Mari
sejenak menyelami hikmah dan kebijaksanaan... meneguk sejuknya
untaian nasihat-nasihat yang akan menghilangkan dahaga iman. Semoga
dengan sedikit nasihat ini, bagai terasa ditengah ganasnya gurun pasir
kehidupan... yang bersumber dari Al-Quran dan Sunnah, serta
lisan-lisan yang jujur...
~♥♥♥~
Allah berfirman:
"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin, hendaklah
mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu
supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh kerananya mereka tidak
diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Qs. Al-Ahzab:
59).
Abu Hurairah berkata:
"Rasulullah saw
bersabda, yang ertinya: "Ada dua golongan ahli neraka yang tidak pernah
aku lihat sebelumnya; sekelompok orang yang memegang cambuk seperti
ekor sapi yang dipakai untuk mencambuk manusia, dan wanita-wanita yang
berpakaian tapi hakikatnya telanjang, mereka berjalan
melenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Mereka
tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium aromanya. Sesungguhnya
aroma jannah tercium dari jarak sekian dan sekian." (HR. Muslim)
Saudariku...
Wanita muslimah laksana bunga yang menawan, wanita muslimah yang
solehah bagaikan sebuah perhiasan yang tiada ternilai harganya. Begitu
indah, begitu berkilau dan menyejukkan setiap mata yang memandang...
Teramat banyak yang ingin meraih bunga tersebut... Namun tentunya...
tak sembarang orang berhak meraihnya... menghirup sarinya... hanya yang
dia yang benar-benar terpilihlah... yang dapat memetiknya... meraih
pesonanya...
Wanita muslimah adalah ibarat permata yang sangat berharga. Dan
islam menyuruh memperlakukan wanita seperti permata yang sangat
berharga.Iaitu permata yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun selain
pemiliknya. Seandainya permata-permata itu berpindah tangan, nescaya ia
akan kehilangan nilainya.
♥♥ Saudariku... Wanita solehah adalah Bidadari Dunia.
Allah telah dengan begitu Indahnya ibaratkan, bahawa salah satu
ciri bidadari adalah tidak pernah disentuh, kesuciannya terjaga dan
sopan.
Wanita solehah bukan hanya mereka yang berwajah cantik namun juga
wanita yang kecantikannya terpancar dari aura hatinya, matanya terjaga
dari hal-hal yang diharamkan syariat, pandangannya menyejukkan mata
sang suami, tidak pernah membantah suami.
Berdiri tegak mendampingi suami dalam masa masa sulit, berada
disisinya di setiap suasana. Menjadi penghibur dikala gelisah, dan
menjadi alarm dikala lelapnya fajar membuai, mengingatkan suami
tercinta dengan percikan air wudhu di wajahnya. Sungguh kebahagiaan memiliki wanita sholehah,,, hingga manusia menggambarkannya sebagai
bidadari.
- Artikel iluvislam.com
assignment power point
Akhirnya siap juga..leganya.
https://docs.google.com/presentation/d/180bEo184jOlnnR-iALjjWbmundlfktC7qvPBNrb6YSU/edit
https://docs.google.com/file/d/0B0rsuELFEyYKdktJdWVzNm9pc1U/edit
https://docs.google.com/presentation/d/180bEo184jOlnnR-iALjjWbmundlfktC7qvPBNrb6YSU/edit
https://docs.google.com/file/d/0B0rsuELFEyYKdktJdWVzNm9pc1U/edit
Tuesday, 3 April 2012
Haiwan peliharaan
Terdapat berbagai-bagai jenis haiwan di
muka bumi ciptaan Allah S.W.T. ini. Tetapi haiwan-haiwan yang popular
yang menjadi rebutan ramai untuk dijadikan haiwan peliharaan. Ianya
adalah kucing, ikan, burung dan anjing. Di bawah ini tercatat serba ringkas mengenai empat haiwan ini:
Kucing
Kucing ialah sejenis haiwan yang kecil, berbulu lembut dan tebal. Ianya tergolong di dalam spesies mamalia.
Haiwan ini pada asalnya dipelihara untuk dijadikan pemangsa untuk
menangkap tikus tetapi dengan peredaran masa yang semakin ke hadapan,
kucing tidak lagi digunakan untuk menangkap tikus tetapi telah
didomestikan. Pada masa kini, kucing telah dijadikan sebagai satu bahan
untuk dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Banyak
pertandingan-pertandingan kucing tercantik telah diadakan di seluruh
dunia. Terdapat dua spesies kucing yang menjadi kegilaan kepada
peminat-peminat kucing, iaitu kucing siam dan kucing parsi.
Ikan
Seterusnya
kita beralih pula kepada spesies ikan. Ikan adalah sejenis haiwan yang
hidup di dalam air dan bernafas melalui insang. Terdapat dua jenis
habitat bagi ikan iaitu air tawar dan air masin. Ikan air tawar yang
paling popular untuk dijadikan haiwan peliharaan adalah ikan kelisa dan ikan lohan. Manakala ikan air masin yang paling popular adalah angle fish dan dragon fish.
Ikan-ikan ini dijadikan haiwan peliharaan adalah kerana mempunyai rupa
bentuk dan warna yang menarik dan lain daripada yang lain. Selain
dijadikan haiwan peliharaan, ikan juga dijadikan salah satu sumber
bahan makanan bagi manusia di seluruh dunia. Ini kerana, spesies ikan
adalah salah satu sumber protein yang paling penting.
Burung
Mari
kita sambung dengan spesies burung pula. Burung adalah sejenis haiwan
yang berbulu, berkaki dua, bersayap dan biasanya ianya boleh terbang. Ia
juga dikenali sebagai unggas. Mengikut kajian yang telah dibuat,
terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung di dunia ini dan ianya
dapat dibahagikan kepada 27 kumpulan berbeza. Daripada 27 kumpulan,
terdapat dua kumpulan burung yang menjadi haiwan peliharaan kepadat
peminat-peminatnya iaitu Galliformes ( ayam, itik ) dan Psittaciformes ( kakak tua ).
Burung-burung dari kumpulan ini menjadi rebutan kerana ianya mempunyai
warna yang menarik dan mempunyai kebolehan tersendiri, contohnya
kebolehan bercakap. Antara burung-burung ini adalah ayam serama dan burung kakak tua. Untuk pengetahuan anda semua, ada sesetengah burung juga dapat dijadikan juadah makanan.
Anjing
Sampailah
kita kepada haiwan peliharaan yang terakhir, iaitu anjing. Anjing juga
berada di dalam keluarga mamalia. Sifat anjing yang paling ketara
adalah menyalak. Kenapa
haiwan ini menjadi salah satu haiwan peliharaan yang popular? Ini
kerana sifat agresifnya dan ganas dapat memberikan perlindungan kepada
si pemiliknya. Antara contoh haiwan ini adalah German Shepherd dan Bulldog.
Di sini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa haiwan-haiwan peliharaan ini dapat menjadi teman kepada manusia untuk menghilangkan rasa bosan dan kesunyian. Selain itu, haiwan-haiwan ini juga dapat memberikan perlindungan kepada manusia dan juga dapat dijadikan salah satu sumber makanan kepada kita. Oleh itu, kita hendaklah mempunyai rasa kasih saying dan kasihan kepada haiwan-haiwan di muka bumi. Ianya juga adalah salah satu makhluk yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T. Sekian, terima kasih.
Khasiat Buah-buahan Tempatan
Buah-buahan tempatan di negara kita banyak khasiatnya.Antaranya ialah:
Tembikai
Betik
Belimbing

Mangga
Pisang
Tembikai
- Boleh sembuhkan sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.
- Selain itu,jus tembikai juga boleh membantu menyembuhkan penyakit artritis, gout serta keracunan makanan sebab jus tembikai berupaya menghapuskan toksid dalam tubuh.
Betik
- Khasiat buah ini yang paling utama adalah menghilangkan masalah sembelit sebab kaya dengan Vitamin C.
- Selain itu, betik juga digunakan untuk merawat tumit pecah. Caranya adalah dengan mengambil getah betik muda dan menyapunya pada tumit kaki yang pecah-pecah.
- Pucuk betik pula boleh digunakan untuk mengubati penyakit darah tinggi.
Belimbing
- Belimbing boleh digunakan untuk merawat kencing manis kerana dapat menurunkan paras gula dalam darah.
- Selain itu, belimbing juga boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi dan radang gusi.

Mangga
- Mangga digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh.
- Selain itu, mangga juga boleh menyembuhkan penyakit Hernia. Hernia atau burut adalah sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak.
- Jika ulu hati terasa pedih sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga.
- Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat.
Pisang
- Getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering.
- Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang.
- Selain itu, pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.
Subscribe to:
Posts (Atom)