Terdapat berbagai-bagai jenis haiwan di
muka bumi ciptaan Allah S.W.T. ini. Tetapi haiwan-haiwan yang popular
yang menjadi rebutan ramai untuk dijadikan haiwan peliharaan. Ianya
adalah kucing, ikan, burung dan anjing. Di bawah ini tercatat serba ringkas mengenai empat haiwan ini:
Kucing
Kucing ialah sejenis haiwan yang kecil, berbulu lembut dan tebal. Ianya tergolong di dalam spesies mamalia.
Haiwan ini pada asalnya dipelihara untuk dijadikan pemangsa untuk
menangkap tikus tetapi dengan peredaran masa yang semakin ke hadapan,
kucing tidak lagi digunakan untuk menangkap tikus tetapi telah
didomestikan. Pada masa kini, kucing telah dijadikan sebagai satu bahan
untuk dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Banyak
pertandingan-pertandingan kucing tercantik telah diadakan di seluruh
dunia. Terdapat dua spesies kucing yang menjadi kegilaan kepada
peminat-peminat kucing, iaitu kucing siam dan kucing parsi.
Ikan
Seterusnya
kita beralih pula kepada spesies ikan. Ikan adalah sejenis haiwan yang
hidup di dalam air dan bernafas melalui insang. Terdapat dua jenis
habitat bagi ikan iaitu air tawar dan air masin. Ikan air tawar yang
paling popular untuk dijadikan haiwan peliharaan adalah ikan kelisa dan ikan lohan. Manakala ikan air masin yang paling popular adalah angle fish dan dragon fish.
Ikan-ikan ini dijadikan haiwan peliharaan adalah kerana mempunyai rupa
bentuk dan warna yang menarik dan lain daripada yang lain. Selain
dijadikan haiwan peliharaan, ikan juga dijadikan salah satu sumber
bahan makanan bagi manusia di seluruh dunia. Ini kerana, spesies ikan
adalah salah satu sumber protein yang paling penting.
Burung
Mari
kita sambung dengan spesies burung pula. Burung adalah sejenis haiwan
yang berbulu, berkaki dua, bersayap dan biasanya ianya boleh terbang. Ia
juga dikenali sebagai unggas. Mengikut kajian yang telah dibuat,
terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung di dunia ini dan ianya
dapat dibahagikan kepada 27 kumpulan berbeza. Daripada 27 kumpulan,
terdapat dua kumpulan burung yang menjadi haiwan peliharaan kepadat
peminat-peminatnya iaitu Galliformes ( ayam, itik ) dan Psittaciformes ( kakak tua ).
Burung-burung dari kumpulan ini menjadi rebutan kerana ianya mempunyai
warna yang menarik dan mempunyai kebolehan tersendiri, contohnya
kebolehan bercakap. Antara burung-burung ini adalah ayam serama dan burung kakak tua. Untuk pengetahuan anda semua, ada sesetengah burung juga dapat dijadikan juadah makanan.
Anjing
Sampailah
kita kepada haiwan peliharaan yang terakhir, iaitu anjing. Anjing juga
berada di dalam keluarga mamalia. Sifat anjing yang paling ketara
adalah menyalak. Kenapa
haiwan ini menjadi salah satu haiwan peliharaan yang popular? Ini
kerana sifat agresifnya dan ganas dapat memberikan perlindungan kepada
si pemiliknya. Antara contoh haiwan ini adalah German Shepherd dan Bulldog.
Di sini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa haiwan-haiwan peliharaan ini dapat menjadi teman kepada manusia untuk menghilangkan rasa bosan dan kesunyian. Selain itu, haiwan-haiwan ini juga dapat memberikan perlindungan kepada manusia dan juga dapat dijadikan salah satu sumber makanan kepada kita. Oleh itu, kita hendaklah mempunyai rasa kasih saying dan kasihan kepada haiwan-haiwan di muka bumi. Ianya juga adalah salah satu makhluk yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment