Tembikai
- Boleh sembuhkan sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.
- Selain itu,jus tembikai juga boleh membantu menyembuhkan penyakit artritis, gout serta keracunan makanan sebab jus tembikai berupaya menghapuskan toksid dalam tubuh.
Betik
- Khasiat buah ini yang paling utama adalah menghilangkan masalah sembelit sebab kaya dengan Vitamin C.
- Selain itu, betik juga digunakan untuk merawat tumit pecah. Caranya adalah dengan mengambil getah betik muda dan menyapunya pada tumit kaki yang pecah-pecah.
- Pucuk betik pula boleh digunakan untuk mengubati penyakit darah tinggi.
Belimbing
- Belimbing boleh digunakan untuk merawat kencing manis kerana dapat menurunkan paras gula dalam darah.
- Selain itu, belimbing juga boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi dan radang gusi.

Mangga
- Mangga digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh.
- Selain itu, mangga juga boleh menyembuhkan penyakit Hernia. Hernia atau burut adalah sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak.
- Jika ulu hati terasa pedih sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga.
- Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat.
Pisang
- Getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering.
- Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang.
- Selain itu, pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.
No comments:
Post a Comment