Saturday, 21 April 2012

Family

Pertama kali saya dan keluarga bergambar di sini.Saya sangat gembira apabila family saya dapat datang di kolej ini untuk menjenguk saya disini. 
Perkara yang paling terindah buat diri saya ialah apabila dapat meluangkan masa bersama-sama dengan keluarga saya.Saya sangat bersyukur kerana jarak rumah saya dari KKM ini tidak jauh…dalam 1 jam lebih sahaja.Oleh itu saya dapat pulang ke rumah selalu pada hujung minggu.
Pada minggu ini saya tidak pulang ke rumah di sebabkan ada mid-exam.Walaupun baru seminggu tidak berjumpa dengan family namun saya rasa sangat rindu akan mereka..huhu.
Saya sangat berharap family saya dapat datang ke sini lagi pada lain kali.Aya sangat sayang akan family saya.

Malam Anugerah Mahasiswa dan Amal


Tema dinner KKM kali ini kami ialah Me,Myself & Music.Semua mahasiswa dan tetamu hadir dengan imej yang sesuai dengan tema ini.
Saya sangat gembira dan enjoy sepanjang program di jalankan.Pertama kali saya datang ke dinner universiti ini.Dinner ini di sambut dengan sangat meriah dan ini dapat mengurangkan tekanan mahasiswa.
Saya berharap saya berpeluang menghadiri majlis seperti ini lagi.

Monday, 16 April 2012

Hari yang bahagia

Akhirnya saya dapat jumpa kawan baik saya semasa saya belajar di matrikulasi.Nama dia ialah Norzawany.Saya sangat gembira dapat jumpa dengan dia.Walaupun kami hanya kenal selama setahun namun kami sangat serasi.Kami dapat berkongsi segala rahsia bersama-sama.
Hampir setahun kami tidak berjumpa,akhirnya semasa cuti sem ni kami berjumpa di Midvelly.Kami menonton wayang bersama-sama.Saya berharap saya dapat berpeluang berjumpa dengan dia lagi.

Supaya Engkau Menjadi Wanita Tercantik

♥ Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh♥
Sahabatku serta adik-adikku..
Kepada calon- calon bidadari penghuni syurga,wahai calon- calon isteri solehah kebanggaan Islam,wahai kaum hawa yang di dadanya telah tertanam bunga bunga iman....Mari sejenak menyelami hikmah dan kebijaksanaan... meneguk sejuknya untaian nasihat-nasihat yang akan menghilangkan dahaga iman. Semoga dengan sedikit nasihat ini, bagai terasa ditengah ganasnya gurun pasir kehidupan... yang bersumber dari Al-Quran dan Sunnah, serta lisan-lisan yang jujur...
~♥♥♥~
Allah berfirman:
"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh kerananya mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Qs. Al-Ahzab: 59).
Abu Hurairah berkata:
"Rasulullah saw bersabda, yang ertinya: "Ada dua golongan ahli neraka yang tidak pernah aku lihat sebelumnya; sekelompok orang yang memegang cambuk seperti ekor sapi yang dipakai untuk mencambuk manusia, dan wanita-wanita yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang, mereka berjalan melenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium aromanya. Sesungguhnya aroma jannah tercium dari jarak sekian dan sekian." (HR. Muslim)

Saudariku...
Wanita muslimah laksana bunga yang menawan, wanita muslimah yang solehah bagaikan sebuah perhiasan yang tiada ternilai harganya. Begitu indah, begitu berkilau dan menyejukkan setiap mata yang memandang...
Teramat banyak yang ingin meraih bunga tersebut... Namun tentunya... tak sembarang orang berhak meraihnya... menghirup sarinya... hanya yang dia yang benar-benar terpilihlah... yang dapat memetiknya... meraih pesonanya...
Wanita muslimah adalah ibarat permata yang sangat berharga. Dan islam menyuruh memperlakukan wanita seperti permata yang sangat berharga.Iaitu permata yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun selain pemiliknya. Seandainya permata-permata itu berpindah tangan, nescaya ia akan kehilangan nilainya.


♥♥ Saudariku... Wanita solehah adalah Bidadari Dunia.
Allah telah dengan begitu Indahnya ibaratkan, bahawa salah satu ciri bidadari adalah tidak pernah disentuh, kesuciannya terjaga dan sopan.
Wanita solehah bukan hanya mereka yang berwajah cantik namun juga wanita yang kecantikannya terpancar dari aura hatinya, matanya terjaga dari hal-hal yang diharamkan syariat, pandangannya menyejukkan mata sang suami, tidak pernah membantah suami.
Berdiri tegak mendampingi suami dalam masa masa sulit, berada disisinya di setiap suasana. Menjadi penghibur dikala gelisah, dan menjadi alarm dikala lelapnya fajar membuai, mengingatkan suami tercinta dengan percikan air wudhu di wajahnya. Sungguh kebahagiaan memiliki wanita sholehah,,, hingga manusia menggambarkannya sebagai bidadari.
- Artikel iluvislam.com

assignment power point

Akhirnya siap juga..leganya.
https://docs.google.com/presentation/d/180bEo184jOlnnR-iALjjWbmundlfktC7qvPBNrb6YSU/edit
https://docs.google.com/file/d/0B0rsuELFEyYKdktJdWVzNm9pc1U/edit

Tuesday, 3 April 2012

Haiwan peliharaan

Terdapat berbagai-bagai jenis haiwan di muka bumi ciptaan Allah S.W.T. ini. Tetapi haiwan-haiwan yang popular yang menjadi rebutan ramai untuk dijadikan haiwan peliharaan. Ianya adalah kucing, ikan, burung dan anjing. Di bawah ini tercatat serba ringkas mengenai empat haiwan ini:

Kucing
Kucing ialah sejenis haiwan yang kecil, berbulu lembut dan tebal. Ianya tergolong di dalam spesies mamalia. Haiwan ini pada asalnya dipelihara untuk dijadikan pemangsa untuk menangkap tikus tetapi dengan peredaran masa yang semakin ke hadapan, kucing tidak lagi digunakan untuk menangkap tikus tetapi telah didomestikan. Pada masa kini, kucing telah dijadikan sebagai satu bahan untuk dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Banyak pertandingan-pertandingan kucing tercantik telah diadakan di seluruh dunia. Terdapat dua spesies kucing yang menjadi kegilaan kepada peminat-peminat kucing, iaitu kucing siam dan kucing parsi.

Ikan
Seterusnya kita beralih pula kepada spesies ikan. Ikan adalah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan bernafas melalui insang. Terdapat dua jenis habitat bagi ikan iaitu air tawar dan air masin. Ikan air tawar yang paling popular untuk dijadikan haiwan peliharaan adalah ikan kelisa dan ikan lohan. Manakala ikan air masin yang paling popular adalah angle fish dan dragon fish. Ikan-ikan ini dijadikan haiwan peliharaan adalah kerana mempunyai rupa bentuk dan warna yang menarik dan lain daripada yang lain. Selain dijadikan haiwan peliharaan, ikan juga dijadikan salah satu sumber bahan makanan bagi manusia di seluruh dunia. Ini kerana, spesies ikan adalah salah satu sumber protein yang paling penting.

Burung
Mari kita sambung dengan spesies burung pula. Burung adalah sejenis haiwan yang berbulu, berkaki dua, bersayap dan biasanya ianya boleh terbang. Ia juga dikenali sebagai unggas. Mengikut kajian yang telah dibuat, terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung di dunia ini dan ianya dapat dibahagikan kepada 27 kumpulan berbeza. Daripada 27 kumpulan, terdapat dua kumpulan burung yang menjadi haiwan peliharaan kepadat peminat-peminatnya iaitu Galliformes ( ayam, itik ) dan Psittaciformes ( kakak tua ). Burung-burung dari kumpulan ini menjadi rebutan kerana ianya mempunyai warna yang menarik dan mempunyai kebolehan tersendiri, contohnya kebolehan bercakap. Antara burung-burung ini adalah ayam serama dan burung kakak tua. Untuk pengetahuan anda semua, ada sesetengah burung juga dapat dijadikan juadah makanan.

Anjing
Sampailah kita kepada haiwan peliharaan yang terakhir, iaitu anjing. Anjing juga berada di dalam keluarga mamalia. Sifat anjing yang paling ketara adalah menyalak. Kenapa haiwan ini menjadi salah satu haiwan peliharaan yang popular? Ini kerana sifat agresifnya dan ganas dapat memberikan perlindungan kepada si pemiliknya. Antara contoh haiwan ini adalah German Shepherd dan Bulldog.

Di sini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa haiwan-haiwan peliharaan ini dapat menjadi teman kepada manusia untuk menghilangkan rasa bosan dan kesunyian. Selain itu, haiwan-haiwan ini juga dapat memberikan perlindungan kepada manusia dan juga dapat dijadikan salah satu sumber makanan kepada kita. Oleh itu, kita hendaklah mempunyai rasa kasih saying dan kasihan kepada haiwan-haiwan di muka bumi. Ianya juga adalah salah satu makhluk yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T. Sekian, terima kasih.

Khasiat Buah-buahan Tempatan

Buah-buahan tempatan di negara kita banyak khasiatnya.Antaranya ialah:


Tembikai 
  • Boleh sembuhkan sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.
  • Selain itu,jus tembikai juga boleh membantu menyembuhkan penyakit artritis, gout serta keracunan makanan sebab jus tembikai berupaya menghapuskan toksid dalam tubuh.





Betik
  • Khasiat buah ini yang paling utama adalah menghilangkan masalah sembelit sebab kaya dengan Vitamin C.
  • Selain itu, betik juga digunakan untuk merawat tumit pecah. Caranya adalah dengan mengambil getah betik muda dan menyapunya pada tumit kaki yang pecah-pecah.
  • Pucuk betik pula boleh digunakan untuk mengubati penyakit darah tinggi.

Belimbing
  • Belimbing boleh digunakan untuk merawat kencing manis kerana dapat menurunkan paras gula dalam darah.
  • Selain itu, belimbing juga boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi dan radang gusi.


Mangga
  • Mangga digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh.
  • Selain itu, mangga juga boleh menyembuhkan penyakit Hernia. Hernia atau burut adalah sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak.
  • Jika ulu hati terasa pedih sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga.
  • Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat.


Pisang
  • Getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering.
  • Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang.
  • Selain itu, pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.
Oleh itu,makanlah buah-buahan tembikai.