Thursday, 29 March 2012

Ku Cinta Dia




Dialah Allah. Maha Pemurah. Maha Penyayang.
Maha Pencipta, Maha Pengampun.
Maha Pengurnia, Maha Pemberi Rezeki, Maha Pembuka Rahmat.
Maha Pelapang Hidup, Maha Pemberi Manfaat.
Dialah al-Wadud, Yang Maha Mencintai.
Katakanlah, ku cinta Dia.


Kita perlulah sentiasa mengingati Allah walau di mana jua kita berada.Oleh itu,banyakkanlah beribadat dan mendekatkan diri kepada Allah.Sesungguhnya Allah suka kepada hamba-Nya yang sentiasa mendekatkan diri kepadaNya.

Kelembutan seorang wanita


Kumbang

Wanita adalah satu simbolik yang sering dikaitkan dengan kelembutan dan jua kesopanannya. Warna putih pula dikaitkan dengan suci dan bersih.
Islam tidak menghalang wanita menghias diri dalam apa keadaan pun tapi haruslah mengikut garisan islam.

"Katakanlah, kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan menjaga kehormatan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang tampak darinya. Hendaklah mereka mengulurkan/menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau mertua mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung." - Surah Al-Nur (24): 31

Muslimah kini haruslah bergerak mencari "role model" terbaik bagi membentuk dan menyerlahkan lagi penampilan serta bakat tersendiri sepertimana Saidatina Khadijah r.a. isteri Rasulullah S.A.W.
Sebagai insan biasa kita tidak mungkin dapat menyamai Saidatina Khadijah r.a. namun sebagai hamba Allah swt, kita boleh berusaha memupuk dan menyemai sifat-sifat terpuji itu secara beransur-ansur dengan sabar.
 Antara sifat-sifat terpuji itu ialah taat perintah Allah, berakhlak mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal, penyayang, berwawasan dan berfikiran kreatif.
Keikhlasan hati beliau terletak di kedudukan langit tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh insan yang melakukan sesuatu hanya kerana Allah swt semata-mata.


 - Artikel iluvislam.com

Tuesday, 20 March 2012

Cinta Dalam Islam



“Satu ketika,ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah SAW memerlukan daku!Puteri Anas yang mendengar perkataan itu lantas mencelanya dengan mengatakan wanita itu tidak mempunyai hrga diri dan rasa malu.Lalu apa kata Anas kepada puterinya?Katanya,dia lebih baik daripadamu,nak!Wanita itu senang pada Nabi SAW dan menawarkan dirinya.”

Dalam Islam,cinta ini terbahagi kepada tiga.Pertama,cinta agung yakni cinta kepada Allah,Rasul dan Islam serta berjihad membuktikannya.Kedua,cinta pertengahan iaitu cinta sesama manusia.Ketiga,cinta bawahan yakni mencintai sesuatu melebihi kepada Allah,Rasul dan Islam.Banyak manusia terjerumus dalam cinta kelas ketiga.Sebab itu kehidupan mereka musnah bahkan mereka sanggup memusnahkan kehidupan orang lain pula.Oleh itu,kita tidak boleh cinta manusia melebihi cinta kita kepada Allah.


KENANGAN DI MATRIKULASI


Kenangan yang paling saya tidak dapat lupakan ialah kenangan semasa saya berada di matrikulasi.Saya belajar di Kolej Matrikulasi Selangor(KMS).Walupun saya bersama dengan kawan-kawan hanya selama satu tahun tetapi kenangan bersama mereka tetap utuh di ingatan.Saya berasa sudah lama kenal dengan  mereka mungkin kerana kami sangat serasi dan kami dapat berkongsi segala masalah dan cerita bersama-sama.Sepanjang saya berada di sana,kawan-kawan banyak membantu saya dalam segala hal  terutamanya dalam pelajaran.Kami selalu membuat ‘study group’untuk lebih memhami apa yang di ajar oleh pensyarah kami.Syukur,kami dapat masuk ke university yang kami inginkan.

Benarlah kata orang,kawan merupakan orang sangat rapat dengan kita selain daripada keluarga kita sendiri.Malah,kadang-kadang kawan lebih rapat dengan kita terutamanya semasa tinggal di asrama.Kawan yang baik dapat membimbing kita menjadi yang lebih baik manakala kawan yang kurang baik akan mendorong kita melakukan perkara yang teruk dan tidak berfaedah.Kawan yang yang baik akan bersama kita tidak kira semasa kita senang atau susah.Kawan seperti inilah yang perlu kita cari dan berkawan.Alhamdulilah,saya mendapat kawan yang baik semasa saya berada di matrikulasi.Mereka banyak membantu saya sepanjang saya berada di sana.Disebabkan mereka saya dapat mengharungi segala dugaan dan rintangan sepanjang saya berada di sana sehinggalah saya tamat pengajian saya di sana.

Kehidupan saya di matrikulasi sangat bermakna buat diri saya dan ini merupakan pengalaman baru buat saya kerana pertama kali saya tinggal di asrama.Saya mepunyai kawan sebilik dan kawan sekelas yang sangat memahami diri saya.Walaupun saya sudah lama tidak berjumpa dengan kawan-kawan di matrikulasi tetapi kami sering berhubung antara satu sama lain melalui facebook.Kami selalu berchatting bersama dan berkongsi cerita tentang kehidupan baru kami di tempat kami belajar sekarang.
Saya sangat rindu kehidupan saya di matrikulasi.Saya berharap saya dapat berjumpa dengan mereka lagi. 

Tuesday, 13 March 2012

KEK COKLAT PUDING KARAMEL


(A) Bahan (Gula Karamel) :-
  • 2 sudu besar gula pasir (jangan lebih, takut terlalu banyak lelehan pada kek nanti)
CARA-CARA
  1. taburkan pada dasar acuan silikon dan bakar pada suhu 180 C selama 5 - 8 minit/gula mencair perang keemasan (suhu bergantung kepada oven masing-masing. Oven akan berasap sekejap sebab kita bakar gula)
(B) Bahan Puding Karamel :-
  • 3 biji kuning telur
  • 1 cawan susu cair ( guna susu sejat Ideal)
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Cara-Cara:-
  1. Kacau sebati semua bahan (tak perlu kuat-kuat, kacau lembut sahaja)
  2. Tapiskan dan tuang atas gula karamel/gula hangus tadi.
  3. Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" (letak loyang kek dalam loyang berisi air) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit/pekat sikit permukaan puding tu...jangan terlampau keras pula, nnt tak boleh sebati dengan kek - (set suhu 160 C je dan guna api atas bawah).
  4. Ketepikan dan sejukkan puding lebih kurang 30 minit....(sementara bakar tu sediakan adunan kek coklat.)

(C) Bahan Kek Coklat:-
  • 1 cawan serbuk koko - guna brand Van Houten
  • 1 cawan susu cair - guna susu sejat Ideal
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 3/4 cawan gula ( kurangkan sikit)
  • 1 cawan minyak masak *
  • 2 sudu besar mentega yang dilembutkan * (bahan * disebatikan bersama)
  • 3/4 cawan tepung gandum *
  • 1 sudu teh soda bikarbonat *
  • 1 sudu teh baking powder * (bahan * diayak bersama)
  • 4 biji telur - blend hingga halus
Cara-Cara:-
  1. Campurkan dalam periuk serbuk koko, susu cair, susu pekat manis, gula, minyak masak dan mentega. Masak sambil dikacau selalu dengan api perlahan hingga semua bahan larut. Sejukkan sebentar.
  2. Masukkan telur yang telah diblend ke dalam adunan coklat, kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan senduk atau spatula. Kacau sebati semuanya.
  4. Tuang ke atas adunan puding karamel tadi perlahan-lahan (tuang atas sudu dulu di permukaan puding agar tidak pecah).
Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam secara "bain-marie" hingga kek masak sepenuhnya. Sejukkan lebih kurang setengah jam atau lebih baru di terbalikkan ke dalam pinggan yang sesuai.

Susu Ibu Sebatian Ajaib




"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu." (Surah Luqman, ayat 14)

Anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh mereka supaya menjadi insan berguna. Zuriat bukan sekadar penyambung warisan tetapi bukti kekuasaan Allah. Anak anugerah Allah yang amat istimewa bagi suami isteri dalam kehidupan berumahtangga. Malah, setiap pasangan berkeluarga memang impikan anak untuk menyerikan institusi rumah tangga mereka. Itu sudah menjadi satu keinginan semula jadi yang Allah ciptakan dalam sudut hati setiap manusia.
Oleh itu,seorang ibu perlu memberikan anak mereka air susu kepada bayi mereka.Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang.