Tuesday, 20 March 2012

KENANGAN DI MATRIKULASI


Kenangan yang paling saya tidak dapat lupakan ialah kenangan semasa saya berada di matrikulasi.Saya belajar di Kolej Matrikulasi Selangor(KMS).Walupun saya bersama dengan kawan-kawan hanya selama satu tahun tetapi kenangan bersama mereka tetap utuh di ingatan.Saya berasa sudah lama kenal dengan  mereka mungkin kerana kami sangat serasi dan kami dapat berkongsi segala masalah dan cerita bersama-sama.Sepanjang saya berada di sana,kawan-kawan banyak membantu saya dalam segala hal  terutamanya dalam pelajaran.Kami selalu membuat ‘study group’untuk lebih memhami apa yang di ajar oleh pensyarah kami.Syukur,kami dapat masuk ke university yang kami inginkan.

Benarlah kata orang,kawan merupakan orang sangat rapat dengan kita selain daripada keluarga kita sendiri.Malah,kadang-kadang kawan lebih rapat dengan kita terutamanya semasa tinggal di asrama.Kawan yang baik dapat membimbing kita menjadi yang lebih baik manakala kawan yang kurang baik akan mendorong kita melakukan perkara yang teruk dan tidak berfaedah.Kawan yang yang baik akan bersama kita tidak kira semasa kita senang atau susah.Kawan seperti inilah yang perlu kita cari dan berkawan.Alhamdulilah,saya mendapat kawan yang baik semasa saya berada di matrikulasi.Mereka banyak membantu saya sepanjang saya berada di sana.Disebabkan mereka saya dapat mengharungi segala dugaan dan rintangan sepanjang saya berada di sana sehinggalah saya tamat pengajian saya di sana.

Kehidupan saya di matrikulasi sangat bermakna buat diri saya dan ini merupakan pengalaman baru buat saya kerana pertama kali saya tinggal di asrama.Saya mepunyai kawan sebilik dan kawan sekelas yang sangat memahami diri saya.Walaupun saya sudah lama tidak berjumpa dengan kawan-kawan di matrikulasi tetapi kami sering berhubung antara satu sama lain melalui facebook.Kami selalu berchatting bersama dan berkongsi cerita tentang kehidupan baru kami di tempat kami belajar sekarang.
Saya sangat rindu kehidupan saya di matrikulasi.Saya berharap saya dapat berjumpa dengan mereka lagi. 

No comments:

Post a Comment