Nama saya Nur Azlin . Nama emak
saya ialah Rozilawati manakala ayah saya pula ialah Ab Kadir. Saya mempunyai keluarga yang besar. Saya
merupakan anak keempat daripada 11 orang adik beradik. 5 orang perempuan dan 6
orang lelaki. Saya mempunyai seorang abang dan dua orang kakak manakala dua
orang adik perempuan serta lima orang adik lelaki. Cukup lengkap. Ramai yang
terkejut dengan bilangan adik beradik kami.
Ramai kan? Tapi saya berasa sangat bertuah memiliki mereka sebagai adik beradik
saya. Sikap yang paling saya senangi adalah kami semua mampu berkongsi dan
tidak mementingkan diri sendiri. Bagi saya perkara ini sangat penting dalam
sesebuah perhubungan terutama dalam kekeluargaan. Mungkin disebabkan kami telah
dididik dari kecil supaya berkongsi sekiranya mendapat sesuatu benda. Sehingga
kini kami masih mengamalkannya.
Alhamdulillah, setakat ini
perhubungan kami harmoni dan tiada persengketaan. Kami hanya bergaduh kecil sahaja
sekiranya tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara. Kegembiraan yang kami alami bersama tidak mampu diungkapkan dengan
kata-kata mahupun wang ringgit. Bila ditanya apakah perkara yang paling gembira
buat saya, sudah tentu dengan yakinnya saya menjawab apabila saya dapat
meluangkan masa bersama keluarga saya. Saya sangat bersyukur diberi nikmat
seperti ini. Alangkah indahnya hidup kita yang dilimpahi kasih sayang keluarga
seperti ini. Bersama seorang ibu yang penyayang, ayah yang sanggup bersusah
payah demi kami semua, manakala
adik-beradik yang sentiasa menghulurkan bantuan membuatkan saya sangat bersyukur.
Walaupun kami hidup dalam keadaan yang sederhana,namun kami sangat gembira.Kami selalu mengamalkan budaya hormat-menghormati antara satu sama lain lebih-lebih lagi kepada yang lebih tua daripada kami.Oleh itu keluarga kami lebih harmoni dan sayang-menyayangi antara satu sama lain.'I love my family!'
No comments:
Post a Comment